Sunday, 27 November 2016

Kopi pagi

Disaat kau mahu menghentikan sesuatu perjalanan
Ingat semula mengapa kau memulakan langkah berjalan...

"Remember ur turning point in life"

Pagi tadi, ketika minum kopi, ☕ saya merasa sedikit pahit..😖 Namun tetap juga la saya minum..

Dan pada ketika air kopi tinggal suku, baru la saya perasan, saya lupa kacau kopi dan susunya.. 😅

Apabila saya kacau, kopi yang tinggal suku itu, terasa sangat manis pula.. 😫 Terlalu manis sehingga tidak mampu saya telan..

💎Agaknya itu la resam hidup.. Ada kalanya kita lupa, yang 'manis' itu ada di dasar.. Perlu dicari.. Dan kiranya kita malas mencari, maka hanya pahit la yang dapat kita nikmati.. 💎

Ada waktunya juga, pada ketika teringat berkenaan 'manis' itu, segalanya sudah terlewat..

Mujur la, Allah sudah membantu 'membancuh' hidup kita antara yang pahit dan manis.. Kerana hidup pasti kurang maknanya kiranya hanya berkenaan yang pahit-pahit saja.. Atau yang manis-manis saja..

Makanya, hirup la hidup dengan senyuman, 😃 dan tak perlu hiraukan sangat apa orang nak kata...just move on!!!💪💪

Ucap la syukur Alhamdulillah untuk satu lagi peluang...

Friday, 11 November 2016

Pesanan ayahda

*KEBAHAGIAAN HIDUP...*

Pada saat kita memakai jam tangan berharga RM500 atau RM50, kedua jam itu menunjukkan waktu yg sama.

Ketika kita membawa beg atau dompet berharga RM500 atau RM50, keduanya sama dapat membantumu membawa sebahagian barang/wang.

Ketika kita tinggal di rumah seluas 50m2 atau 5.000m2, kesepian yg kita alami tetaplah sama.

Ketika kita terbang dengan "first class" atau "economy class", kita akan mendarat di waktu dan tempat yg sama.

Kebahagiaan sejati bukan datang dari harta duniawi.

Jadi ketika kita memiliki pasangan, anak, saudara, teman dekat, teman baru dan lama... lalu kita berbual, bergurau, tertawa, bernyanyi, bercerita tentang berbagai hal, berbagi suka dan duka... itulah kebahagiaan sesungguhnya.

*Hal penting yang patut direnungkan dalam hidup:*

1. Jangan mendidik anakmu untuk obses menjadi kaya. Didiklah mereka menjadi bahagia. Apabila mereka dewasa kelak, mereka akan menilai segala sesuatu bukan dari harganya.

2. Kata2 yg terbaik: "Makan makananmu sebagai ubat. Jika tidak, kamu akan makan ubat2an sebagai
makanan."

3. Seseorang yg mencintaimu tidak akan pernah meninggalkanmu kerana walaupun ada 100 alasan untuk menyerah, dia akan menemukan 1 alasan untuk bertahan.

4. Banyak sekali perbezaan antara "manusia & menjadi manusia". Hanya orang bijak yg mengerti tentang itu.

5. Hidup itu antara "B" birth (lahir) dan "D" death (mati). Di antaranya adalah ada "C" choice (pilihan) hidup yang kita jalani. Keberhasilannya ditentukan oleh setiap pilihan kita.

Jika kamu mau berjalan cepat, jalanlah sendirian. Tetapi, jika kamu ingin berjalan jauh, jalanlah bersama sama.

*6. Ada 6 "DOKTOR" terbaik:*

a. Keluarga.
b. Santai/rehat.
c. Bersenam / solat 5 waktu dan tahajud
d. Makanan yg sihat.
e. Sahabat/kawan.
f. Ketawa.

_Pelihara semua itu dalam semua aspek kehidupan & nikmatilah..._

Wallahua'lam.