Monday, 31 October 2016

Pesanan iskandar zulkarnain

*Sebelum kematiannya, Iskandar Zulkarnain mengarahkan jeneralnya melakukan 3 perkara berikut:*

*Pertama* - Keranda mayatnya diusung oleh doktor-doktor pakar terhebat.

*Kedua* - Semua hartanya (duit, emas, batu permata) ditebarkan disepanjang jalan menuju tapak perkuburan.

*Ketiganya* - Tangannya dibiarkan supaya terkulai dan terkeluar dari kerandanya.

*Ditanya oleh salah seorang Jeneralnya, Iskandar Zulkarnain menjelaskan begini:*

1. Aku mahu doktor-doktor terbaik mengusung keranda aku kerana aku mahu mengingatkan manusia bahawa disaat kematian, setinggi mana kepakaran doktor, dia tetap tidak akan boleh menghalang kematian.

2. Aku mahu jalan menuju ke kuburku dipenuhi dengan harta kekayaan aku supaya semua orang akan memahami segala harta kekayaan sudah tidak berguna dan tidak boleh dibawa mati.  Ia tetap akan terus berada di dunia.

3. Aku mahu tangan aku terlepas bebas supaya ia mengingatkan yang kita datang ke dunia dengan tangan kosong dan akan pergi juga dengan tangan kosong setelah sumber termahal kita hilang, iaitu MASA.

*Kesimpulannya:*

Tak kiralah betapa hebatnya kamu semasa hidupmu takkan mungkin kamu dapat menyelamatkan dirimu dari mati. Pada masa itu terputuslah segala2nya kecuali amal jariah dan warisan2 kebaikan yang kamu telah wakafkan kepada masyarakat dan keluarga

Tuesday, 25 October 2016

Abg misi dan pesakit

MANA YANG RAJIN PEGANG FON..BERINGAT2 LA..PLSc..BACA.. Menyayat Hati: Perbualan Jururawat dan Pesakit         

Pesakit: "Abang jururawat, best bekerja di hospital? Dah lama ke kerja sini?"     

Abang misi:→ "Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya. Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa."  
       
Pesakit: "Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?"     

Abang misi: →"Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best."         

Pesakit: "Wah, apa dia?"  

Abang misi:  →"Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia. Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah.

          → Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal..sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskhah al-Quran.

          → Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan. Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca al-Quran, Allah telah pun mengambil nyawa mereka. Bila dibacakan          sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan air mata.        

          →Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al-Quran. Kalau boleh, nak mati dengan peluk al-Quran. Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf. Sedar satu perkara yang sangat penting."    

Pesakit: "Hm. Apa dia?"     

Abang misi: →"Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira ketika tak datangnya sakit...itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat.

Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap  masa, sibuk dengan gajet di tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti...

dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran? Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari sekali pun susah nak belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau mentadabburnya...Allah...Allah... 

Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita..kita sangat memerlukan al-Quran...barulah kita sedar  masa itu apa yang dah kita rugi...Allah..Allah..."      

Pesakit:   "(menitis air mata.....) Abang..bacakan saya al-Quran...saya tak boleh baca..buta tajwid...  "   

Abang misi tersenyum. Dikeluarkan al-Quran mini dari kocek bajunya.      

.Hampir 9 dari 10 pesakit yang beragama islam yang berada di katil hospital lazimnya memaparkan wajah penuh kesalan serta menyesal, menyesal dan menyesal tak ambil peluang untuk membaca Quran ketika sihat dan berpeluang?      
.Wajah2 gerun dan seram bila ambang maut mendekati?       

..  Ingatan utk saya & semua
YANG.....

Yang singkat itu - "waktu"
Yang menipu itu - "dunia"
Yang dekat itu - "kematian"
Yang besar itu - "hawa nafsu"
Yang berat itu - "amanah"
Yang sulit itu - "ikhlas"
Yang mudah itu - "berbuat dosa"
Yang susah itu - "sabar"
Yang lupa itu - "bersyukur"
Yang membakar amal itu - "mengumpat"
Yang ke neraka itu - "lidah"
Yang berharga itu - "iman"
Yang mententeramkan hati itu - "teman sejati"
Yang ditunggu Allah S.w.t itu -"taubat"

Dulu sekarang

Dulu sejarah,, sekarang masa depan...

Dulu,, semua bergantung kepada mak ayah,, sekarang kena buat sendiri,, tapi bagus lah,, tak lah bergantung sangat pada parents.. so,, terciptalah maksud berdikari,, bagi orang tua,, mudah jer.. setiap mase,, kita pasti dalam masaalah,, diatas akal fikiran yg dikurniakan untuk menyelesaikanya,, jangan fikir penyelesaian yang buruk,, pelbagaikan nya,, apabila masalah itu timbul kembali,, pasti mudah kita atasinya..

Raja buah banyak duri,,
Buah durian nama diberi ,
Jika ada isu berdikari,,
Niat berkawan kita kongsi..

Share lar masalah,, kita atasi..

Sunday, 23 October 2016

Kawan biar betol-betol,, jangan buat hamba

Harinim,, aq jumpa 2 species kawan..

satu tu,, buat baik sekali,, kemudian jadikan hamba,, the best..
Yang satu lagi,, kita kena follow mood dia,, bilew baloh ngan mex,, kawan jadi mangsa,, marah sni,, marah sana,, terbaik..

Kita nie nak kawan,, biarlah ikhlas,, jujur,, jangan nk pergunakan kawan,, nie berkawan,, semata mata mencari kepentingan. Macam duri dalam daging lah pulak..

Dalam situasi aq,, si fik nie banyak duit,, so dia bleh belanja semua orang yang rapat dengannya.. lepastu,, bila malas,, minta tolong,, minta tolong boleh,, tp bialah berpada pada,, nie,, macam datuk,, weh,, urut aq jap,, weh,, pergi beli megi,, weh,, kemas kan aq makan tadi,, wah,, lebih anak datuk nampak,, kau ingat kau duduk lam syurga kew?? Salah sendiri tak nampak,, kalau salah orang laen cepat jew kau promote..

tp agak2 lar,, kesian kat member aq tu satu lagi.. tau lar dia orang susah,, kau jgan lah susahkan dia lagi.. tak syok lar idop berkawan macam nie.. sekarang kau kat atas,, tak rasa macam mnew susah,, sekali kau down,, kau tengok lah,, kawan masa senang ke masa kau susah datang jumpa dlu...
Allah bagi cukup lengkap kan,, akal,, otak,, guna lah sikit akal kau tu,, jgan fikir mudah kau ja...

Second story,, aku tau lar kau raja gadis2,, tp xkan time,, kau break off or in problem with your girls,, dont involve ur friend in the story.. jangan sama sekali,, harap faham.. bile break off,, kawan yang kena pujuk,, biar happy,, skali skala bole lar,, kalu tiap2 miiggu kne,, adew ke kawan boleh tahan ngan kau??kawal lah emosi kau,, semua dah tumbuh bulu kan, nim maen hempas barang lah,, maen lepar telefon lah,, kau ggu emosi orang laen plak..

korang imagine lah,, bilew dia bad mood,, kawal memang lah nk tolong,, dari emosi sedih,, ke emosi happy,, penat kawan kne cri idea dan lakonkan nya,, muak aq tengok lakonan tu,, sampaikan aq pom kena berlakon.

Monday, 17 October 2016

Tiada yang mustahil bagi orang bagi mencuba...

   hari nim,, aq diberikan tugasan untuk membaiki paip yang bocor,,..

nampak mudah,, desebabkan cik(cikgu kami) ramai,, ramai kepala,, so mereka mengarahkan aq,, buat paip tambahan,, bukan satu,, 3 skaligus,, mudah2..

 itu bukan halangan,, uat jew lah,, klu dop uat,, bising.. aduyai,, naya lah aq macam nie...
bkn sebab susah pom,, masalah paling besar ialah bahan fitting untuk menyambung paip2 nim,, 
bukan kurang,, TIADA terus,, nk buat kje mcm mnew?? mereka mudah lar,, mengarah jew,, muge mulut dop kne bayar pom nk bual nim... klu kne bayar moor,, harus dunia nim sunyi,, haha

macam2 jenis peyambung paip aq sambung,, tu pom dah setengah hari dalam mencari bahan sahaja.. bilew nk siap kje gnim,, paip pakai paip poly(HDPE),, penyambung pakai yang paip GI(balgavani).. nk dekat ending plak pakai paip abs,, fuhhh... tu gam paip tak dapat lagi.. bile nk siap kje aq mcm nie,, cik pom,, arah macam tu macam nie,, tapi bila nak bahan,, sume sekali,, ghaib,, pandai permainan kau luncai...

ehhh,, pening lah macam nie....                                                                                         tbc

Sunday, 16 October 2016

Tanda dan cinta


Tanda berakal cintakan ilmu,,

Tanda beragama cintakan amalannya....

Yang penting, akidah perlu dimantapkan dan tahap kebergantungan kepada Allah juga harus diperteguhkan.

Ya Tuhan, janganlah diuji kami dengan ujian yang kami tidak mampu untuk menanggungnya... 

Sekian